Insiden LRT: PM arah siasatan segera

Iklan
Kemalangan melibatkan tren LRT bernombor 40 dan 81.

SHAH ALAM - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius kemalangan dilaporkan berlaku di Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya melibatkan tren bernombor 40 dan 81 pada malam Isnin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.

Iklan
Iklan

"Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan, dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang sedang meningkat naik," katanya dalam kenyataan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Insiden LRT: 47 penumpang parah

Perdana Menteri turut difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

Iklan

"Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera," katanya.

Terdahulu kira kira jam 9.25 malam pada Isnin, dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya dilaporkan bertembung mengakibatkan beberapa penumpang mengalami kecederaan.

Iklan

Prasarana menerusi kenyataan memaklumkan bahawa kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya.

Video dan gambar mengenai insiden itu turut tular di media sosial yang memperlihatkan penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan serta berdarah