Ahmad Zahid ajak seluruh rakyat berdoa

Iklan
Sebahagian daripada penumpang yang terlibat dalam kejadian kemalangan membabitkan dua tren itu diberi rawatan awal oleh pasukan keselamatan. Gamber kecil: Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi.

Beliau dalam satu kenyataan juga berharap agar kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi di kemudian hari.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan video yang ditularkan kita dapat menyaksikan ramai penumpang yang tercedera. Saya harapkan doa rakan-rakan semua supaya tidak berlaku kecederaan serius kepada penumpang yang terlibat,” katanya.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 lagi mengalami luka ringan.

Iklan

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga turut mendoakan agar dipermudahkan segala usaha menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Iklan