LRT bertembung: Orang ramai diminta tidak buat rumusan sendiri

Iklan
Tangkap layar Twitter Annuar Musa

SHAH ALAM - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang rumusan sendiri berhubung punca kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku pada Isnin.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu penting agar apa juga rumusan yang dibuat pelbagai tidak mengganggu penyiasatan sedang dilakukan pihak berwajib khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Prasarana.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, segala usaha sedang dibuat oleh Prasarana bagi memastikan perkhidmatan LRT pulih sepenuhnya.

"Terima kasih juga kepada pasukan penyelamat yang bertindak pantas membantu mangsa kemalangan LRT.

Iklan

"Sekurang kurangnya 218 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM terlibat.

"Dalam tempoh satu jam semua mangsa telah diselamatkan dan di bawa ke hospital. Terima kasih semua," ciapnya di laman Twitternya pada Selasa.

Iklan

Prasarana menerusi kenyataan pada malam kejadian memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

Dalam kejadian itu dua tren LRT di Laluan Kelana Jaya itu dilaporkan bertembung mengakibatkan penumpang tren berkenaan mengalami kecederaan termasuk ada yang dilaporkan parah.