213 mangsa insiden LRT akan terima bantuan khas RM1,000: Tajuddin

Iklan
Seramai 213 penumpang cedera akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, malam Isnin. Gambar kecil: Tajuddin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bantuan khas RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa dalam kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada malam Isnin.

Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dua bantuan lain adalah bagi menampung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung oleh penumpang.

Iklan
Iklan

"Dan bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat insiden ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.33 malam, sebuah tren tidak membawa penumpang telah bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang.

Iklan

Daripada jumlah itu, 64 orang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur di mana enam orang di tahap kritikal termasuk tiga orang memerlukan bantuan ventilasi, tahap separa kritikal (15 orang) dan tahap tidak kritikal (43).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Insiden LRT: Mangsa terpelanting akibat impak kuat kerana pelanggaran

Pasukan khas ditubuhkan siasat punca dua tren LRT bertembung

Dalam pada itu, Prasarana berkata, pihaknya telah melancarkan saluran khas di talian 014 7371 330 dan emel recovery2021@prasarana.com.my dan meminta penumpang yang terlibat dalam insiden berkenaan menghubungi mereka secepat mungkin agar urusan bantuan khas ini boleh disegerakan.

Iklan

Sementara itu, Prasarana berkata, pihaknya memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak bersama pasukannya.

"Pihak Prasarana juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menyiasat insiden berkenaan di bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010,” katanya.

Prasarana turut mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi Selasa menggunakan satu landasan serta disokong perkhidmatan bas perantara percuma pada waktu puncak.

"Dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya serta pengurangan kapasiti kepada 50 peratus.

"Susulan daripada pengumuman kerajaan berhubung langkah-langkah lebih ketat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, para penumpang dijangka perlu menunggu lebih lama daripada biasa.

"Untuk melancarkan pergerakan para penumpang pada waktu puncak, lima buah bas perantara dua tingkat percuma dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park,” katanya.