JOHOR BAHRU - Johor masih bebas daripada jangkitan Covid-19 melibatkan sebarang varian baharu, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya terdapat kes Covid-19 melibatkan varian India di negeri ini susulan sebuah video pesakit tular di laman media sosial sejak Isnin.
Iklan
Iklan
Jelasnya, video yang tular itu tiada kaitan dengan kes jangkitan Covid-19.
"Siasatan video itu mendapati pesakit berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Dalam video berdurasi 32 saat yang ditularkan itu, kelihatan beberapa petugas kesihatan sedang berusaha menguruskan seorang individu yang dipercayai terbaring di tepi jalan, sambil diperhatikan beberapa orang awam.
Rentetan itu, tular dakwaan kononnya individu terlibat adalah positif Covid-19 varian India dan kejadian dikatakan berlaku di kawasan perindustrian Senai dekat sini. - Bernama