Jangan buat sebarang spekulasi insiden LRT bertembung: Polis

Iklan
LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden melibatkan kemalangan dua buah tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Bagi kami ruang untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Dalam tempoh tersebut orang ramai jangan cuba menimbulkan sebarang spekulasi, andaian dan pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren.

Kejadian dipercayai berlaku ketika tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Iklan