Perkhidmatan LRT sesak

Iklan
Gambar yang dikongsikan pengguna Twitter situasi di Stesen LRT Gambar kanan: Suasana di LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Foto: Ihsan pembaca

SHAH ALAM - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dipercayai sesak pagi Selasa kerana pengurangan kapasiti bagi satu landasan dan tempoh masa yang diambil bagi setiap stesen lama.

Menurut seorang pengguna Twitter, Hana Del Luna, dia berada di stesen seawal jam 6.45 pagi dan masih belum bergerak menaiki LRT tersebut.

Iklan
Iklan

"@AskRapidKL ini bagitahu kelewatan 10 minit sahaja, sepatutnya bagitahu awal semalam. Saya ni dari 6.45 pagi kat sini, dengan tidak teraturnya macam ni.

"Saya pun terpaksa naik Grab. Tengok orang makin bertambah tidak berkurang langsung. Selepas itu semua terpaksa masuk dalam satu LRT itu berhimpit, tiada pilihan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, situasi tersebut juga menimbulkan kerisauan kepada semua rakyat akan berlakunya kluster baharu disebabkan terpaksa bersesak di stesen tersebut dalam musim pandemik Covid-19.

Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Iklan

Insiden LRT: 47 penumpang parah

Pada Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Pada Sabtu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menghadkan kapasiti penumpang serta frekuensi bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam darat dan air sepanjang tempoh PKP 3.0.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden LRT: PM arah siasatan segera