Jumpa tengkorak manusia dalam longkang

Iklan
Jabatan Forensik dan Unit K9 Ibupejabat Polis (IPK) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. (Ihsan gambar dari FB Mamu Jarum)

GEORGETOWN - Seorang kelindan lori terjumpa tengkorak manusia dalam sebuah longkang tanpa penutup di Jalan Maklom di sini ketika sedang menghisap rokok.

Lokasi tengkorak tersebut dijumpai adalah di kawasan tepi jalan di hadapan sebuah kilang zink.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki berusia 22 tahun itu terjumpa tengkorak tersebut pada jam 3.40 petang, Isnin dan memaklumkan kepada majikannya.

Menurutnya, majikan lelaki tersebut telah menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Pasukan Jabatan Forensik dan Unit K9 Ibu Pejabat Polis (IPK) Pulau Pinang tiba ke lokasi kejadian untuk mengambil tengkorak tersebut dan menyerahkannya kepada Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga laporan hasil bedah siasat diperoleh.