JKM Klang kesan ibu, waris remaja OKU

Iklan
Muhamad Adam

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang sedang mengesan ibu kandung atau waris seorang bayi yang ditinggalkan di hadapan pintu pagar sebuah pusat jagaan kanak-kanak istimewa di Klang pada 11 November 2005.

Muhamad Adam yang kini berusia 16 tahun ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Iklan
Iklan

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah Klang, Zaidi Zakaria berkata, Muhamad Adam ditemui pada jam 8 malam bersama-sama barang keperluan bayi dan sepucuk surat yang mengandungi pesanan agar bayi itu diselamatkan.

"Muhamad Adam kemudian dirujuk oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang maklumat mengenai nama ibu atau waris terdekat.

"Sejak itu, Muhamad Adam telah berada dalam jagaan institusi JKM sehingga kini," ujarnya.

Iklan

Sehubungan itu katanya, Muhamad Adam yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) memerlukan perlindungan dan pemeliharaan di bawah Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001.

"Pihak kami meminta orang ramai mengesan ibu kandung atau warisnya sekiranya masih ada bagi membantu siasatan kami selanjutnya," katanya.