SEMUA pemain, jurulatih dan pegawai Terengganu FC (TFC) telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sebagai persediaan kelab menjelang saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata, seramai 30 pemain dan 19 barisan jurulatih serta pegawai terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tersebut yang diadakan semalam di Stadium Tertutup Gong Badak.