Kertas siasatan terhadap Awie hampir lengkap: Polis

Iklan
Video tular Awie dan beberapa individu semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuan, Melaka.

MELAKA - Kertas siasatan terhadap penyanyi terkenal, Datuk Awie yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel pada Ramadan lalu hampir lengkap.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, selepas kertas siasatan lengkap, pihaknya akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam minggu ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini pihaknya juga masih memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan kertas siasatan berkenaan selepas video dakwaan pelanggaran SOP itu tular di media sosial.

"Kertas siasatan hampir lengkap dan dijangka selesai dalam minggu ini. Kemudian ia akan dirujuk kepada TPR," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pematuhan SOP pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah pasaraya di Taman Lagenda, di sini, pada Selasa.

Iklan

Hadir sama Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

Pada 11 Mei lalu, Polis Melaka memaklumkan belum mengenakan sebarang kompaun terhadap Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang dipercayai melanggar SOP di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya juga sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap seorang pemimpin politik wanita di Melaka yang juga didakwa melanggar SOP.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka selepas gambar individu itu tular yang didakwa membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung sempena hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

"Kita juga memanggil saksi dalam gambar itu bagi melengkapkan siasatan dan ia akan dirujuk kepada TPR untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambah beliau, pihaknya tidak mengeluarkan kompaun kepada individu itu kerana kejadian yang berlaku selepas gambar berkenaan tular.

"Jika kita dapat maklumat perlanggaran SOP berlaku pada masa kejadian, kita terus mengeluarkan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Memandangkan ia tular selepas kejadian, kita buka kertas siasatan," katanya.