KDA FC pilih Baling lokasi latihan berpusat

Iklan
Aidil Sharin

KEDAH Darul Aman (KDA) FC memilih Stadium Mini, Baling sebagai lokasi untuk menjalani latihan secara berpusat mulai Rabu selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, latihan secara berpusat itu sebagai sesuatu yang bermanfaat dalam mengukuhkan lagi ikatan sesama pemain sebelum mereka menghadapi Piala AFC pada penghujung Jun ini.

Iklan
Iklan

"Kami sekadar menjalani latihan selama dua minggu secara atas talian dan apabila mendapat perkhabaran ini, saya berasa lega biarpun diakui ini kali pertama saya akan ke Baling, tidak banyak yang saya ketahui bagaimana keadaan di sana.

"Namun, situasi ini baik kepada pemain kerana mereka boleh lebih fokus sepanjang tinggal bersama di sana dan saya rasa lebih banyak ruang mampu dimanfaatkan seperti sesi video serta perbincangan dari hati ke hati bersama pemain.

Iklan

"Cuma bagi mereka yang berkeluarga dan baharu sahaja mendirikan perkahwinan seperti Ifwat Akmal dan Fayadh Zulkifli, mereka kena cepat sesuaikan diri untuk berjauhan seketika dengan orang tersayang tetapi saya yakin mereka boleh selepas beberapa hari tinggal di sini,” katanya.

KDA FC menjadi kelab kedua selepas Terengganu FC (TFC) yang mendapat kelulusan bagi mengadakan camp based training dengan memilih Kem Pengakap Tengku Mohd Ismail sebagai tempat penginapan pemain bagi menjalani latihan.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali Khamal mengharapkan kerjasama daripada peminat Kedah yang berada di Baling agar tidak mendekati pemain sepanjang mereka menjalani latihan.

Iklan

"Saya faham peminat Kedah yang berada di Baling mungkin rasa teruja apabila tahu perkembangan ini tetapi buat masa ini, saya memohon kerjasama mereka untuk sama-sama menjaga keselamatan pemain.

"Harap mereka tidak datang dan berkumpul di tempat latihan seperti amalan biasa kerana perkara ini boleh mengganggu gugat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.