Suntikan vaksin: Penduduk Kinta perlu ke PPV Stadium Indera Mulia

Iklan
Penduduk di daerah Kinta diingatkan hanya perlu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Stadium Indera Mulia di sini bagi setiap janji temu suntikan vaksin Covid-19.

IPOH - Penduduk di daerah Kinta diingatkan hanya perlu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Stadium Indera Mulia di sini bagi setiap janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi, memaklumkan penduduk daerah terbabit diminta mengabaikan notifikasi lokasi vaksinasi selain daripada stadium berkenaan yang diterima melalui aplikasi MySejahtera.

Iklan
Iklan

"Sekiranya anda menerima notifikasi seperti dalam infografik ini, sila abaikan 'vaccination location' seperti yang tertera dalam MySejahtera anda.

"Anda perlu ke Health Facility: Stadium Indera Mulia, Kinta bagi mendapatkan vaksinasi anda," menurut kenyataan yang disertakan dengan tangkap layar aplikasi Mysejahtera menunjukkan terdapat notifikasi lokasi vaksinasi di pejabat kesihatan yang lain selain PPV berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Mysejahtera dalam Twitter rasminya meminta pengguna memuat turun semula aplikasi berkenaan sekiranya mengalami masalah pada laman vaksinasi. - Bernama

Iklan