Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

Iklan
Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Menurut kenyataan Istana Negara menerusi Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” titah Seri Paduka Baginda berdua. - Bernama