PUTRAJAYA - Penerimaan warga kementerian terhadap dasar, agenda dan kepimpinan baharu di Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini bertambah baik, kata Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Mengakui keadaan itu berbeza berbanding ketika mula-mula menerajui kementerian tersebut pada Mei lepas, Rina berkata, walaupun tempoh peralihan adalah sukar, perancangan dan dasar yang baik akan mampu mengubah penerimaan terhadap keupayaannya.
Iklan
Iklan
"Pada peringkat awal memang sedikit sukar dalam bekerjasama selepas sekian lama berada di bawah kerajaan yang dahulu.
"Tetapi selepas melalui proses peralihan hampir setahun dan saya memperkenalkan dasar dan perancangan yang baik untuk rakyat, penerimaan kini bertambah baik malah lebih selesa untuk bekerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) melibatkan 1,388 warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini hari ini.
Majlis itu merupakan sidang terakhir daripada tiga sesi penyampaian anugerah melibatkan keseluruhan 2,526 penerima yang kesemuanya disampaikan sendiri oleh Rina. - Bernama
Artikel Berkaitan