Kerajaan cari jalan tengah atasi Covid-19, pulihkan ekonomi

Iklan
Mohd Rafiq Mohd Abdullah

SHAH ALAM - Kerajaan cuba mencari jalan tengah dalam usaha mengatasi pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara pada masa yang sama.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Mohd Rafiq Mohd Abdullah berkata, ia berikutan kerajaan tidak mampu memuaskan hati semua pihak terutamanya bagi kalangan masyarakat yang terjejas sumber pendapatannya akibat wabak berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata kita tidak mempunyai dana, yang cuba disampaikan adalah begini.

"Apabila kita menguatkuasakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat sehingga menyebabkan seseorang itu hilang mata pencarian dan sebagainya, banyak mana pun bantuan yang kita berikan kepada mereka, ia tidak sama dengan gaji yang mereka dapat.

Iklan

"Kerajaan tidak akan mampu untuk membayar ganti rugi penuh kepada mangsa-mangsa Covid-19 sehingga mereka berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar edisi ke-259 bertajuk ‘Kerajaan Gagal: Realiti Atau Persepsi’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Hadir sama sebagai panelis, Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, Penganalisis Politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak sesuka hati melaksanakan SOP sehingga menekan dan mengongkong rakyat itu sendiri.

"Kerajaan tidak suka-suka untuk menekan rakyat, jangan keluar dan sebagainya. Segala tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan kepada fakta dan data yang kita terima setiap hari.

"Data ini berubah-ubah setiap hari. Keputusan perlu dibuat berdasarkan fakta serta maklumat yang kita terima daripada semua pihak,” ujarnya.