Covid-19: Kerajaan perlu main peranan kepimpinan

Iklan
Nik Nazmi

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memainkan peranan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah peningkatan pandemik Covid-19 di negara ini, kata Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, ia berikutan kerana negara ini telah memasuki gelombang ketiga sedangkan negara-negara lain telah menunjukkan tren penurunan kes Covid-19.

Iklan
Iklan

"Saya setuju semua kena main peranan sama ada pihak berkuasa, swasta dan rakyat, tetapi peranan kerajaan sangat penting sebab kita nak tengok kerajaan mainkan peranan kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang ada.

"Kita tahu ketika awal kerajaan ditubuhkan, waktu itu kes Covid-19 baru bermula. Saya turut bersetuju pada peringkat awal, ada kejayaan dalam kita menangani kes Covid-19.

Iklan

"Tetapi hari ini kita telah sampai ke gelombang ketiga dan kalau kita tengok tren negara-negara lain, semuanya menunjukkan penurunan angka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar edisi ke-259 bertajuk ‘Kerajaan Gagal: Realiti Atau Persepsi’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian.

Iklan
Dari kiri: Moderator, Ismail Adnan; panelis, Mohd Rafiq Mohd Abdullah, Nik Nazmi dan Profesor Dr Sivamurugan Pandian pada Wacana Sinar Edisi ke-259 bertajuk Kerajaan Gagal: Realiti Atau Persepsi, yang diadakan di Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama sebagai panelis, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Mohd Rafiq Mohd Abdullah; Penganalisis Politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang merupakan Pengarah Kongres Nasional PKR itu berkata, dasar dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa amat penting dalam memastikan penurunan graf dalam kes Covid-19 di negara ini.

"Saya nak bagi satu lagi contoh tentang Amerika Syarikat (AS), ketika Joe Biden menjadi Presiden pada Januari tahun ini, kes baru mereka ketika itu ialah sebanyak 183, 236 kes. Semalam (Isnin) kes baharu mereka adalah 25,925 kes dan ia penurunan yang sangat ketara.

"Negara kita pula saya bagi tarikh 12 Januari tahun ini di mana kes kita waktu itu 309 kes, tetapi kes pada hari ini (Selasa) 7,289.

"Jadi ia satu peningkatan yang sangat besar dan sebab itu bagi saya, faktor kepimpinan politik atau pentadbiran itu memang memainkan peranan yang besar dari segi dasar apa yang dilaksanakan dan keyakinan rakyat untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.