Minta Eyra Hazali bertudung sebelum buat panggilan video

Iklan
Eyra Hazali

PELAKON, Eyra Hazali memuji tindakan tunangnya, Haziq Nazli yang memintanya supaya mengenakan tudung terlebih dahulu sebelum dia membuat panggilan video.

Katanya, apa yang dibuat si tunang yang juga merupakan penjaga gol bola sepak negara itu sesuatu yang baik kerana menghormatinya sebagai wanita yang kini sudah mula berhijab.

Iklan
Iklan

Eyra berkongsi perbualan WhatsApp tersebut di laman Twitter miliknya.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Haziq bertanya kepada Eyra sama ada dia larat memakai tudung sekiranya dia ingin membuat panggilan video (VC).

Instagram/Twitter Eyra Hazali

Iklan

"Sayang larat tak nak pakai tudung. Video call dengan I kejap,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen memuji pasangan ini yang menghormati 'privacy' antara satu sama lain.

Iklan

"Kalau teman lelaki saya taklah macam ini. Ha ha ha, telefon terus lepas itu, mulalah gelabah cari tudung, akhirnya pakai telekung paling senang ha ha ha," tulis @ferrochers.

"Bagus lelaki macam ini... Harap kekal ya, sampai ke jinjang pelamin, semoga terus istiqomah," tulis it'smejannah.

"Macam ini baru hormat, yang penting selimut ambil tutup," tulis Wanjannah.

"Untungnya, kalau saya kan tetiba sudah VC selepas itu kelam kabut cari tudung ha ha ha," tulis Jhnnish.

"Sangat comel... Semoga kekal istiqamah," tulis daniye.

"Seronoknya dapat yang macam ini. Bukan semua lelaki suruh belanja rambut ada lah terus turn off," tulis nurul4in.

"Kalau tanya macam ini, memang larat laa... Melainkan dengan tak tanya, pastu kami dengan keluarga atau dengan kawan-kawan dekat bilik," tulis izzatimerpati.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali rasa tenang pakai tudung