Isu balak: Exco sedia beri kerjasama

Iklan
Gambar treler yang membawa muatan kayu balak saiz luar biasa tular di laman sosial. (Gambar kecil: Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin)

MARAN - Exco Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sedia memberikan kerjasama berikutan laporan polis yang dilakukan oleh seorang aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad terhadapnya pada Selasa.

Namun menurutnya, beliau telah dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen atau maklum balas terhadap laporan polis tersebut untuk dilihat tidak mengganggu siasatan (jika ada).

Iklan
Iklan

"Saya telah dirujuk oleh pegawai saya berkenaan suatu entri di dalam Facebook, Khaidir Ahmad bertajuk 'Laporan polis terhadap DS Shahaniza Shamsuddin' atas dakwaan kononnya saya telah memfitnah beliau.

"Namun begitu, tulisan saya berkenaan isu kayu balak tersebut bermaksud untuk menjernihkan keadaan dan mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri Pahang serta agensi kerajaan berkenaan.

Iklan

"Penelitian saya terhadap 'posting' Facebook Khaidir Ahmad yang dikeluarkan pada Ahad, 23 Mei 2021 jam 6.16 petang antara lain di item tiga iaitu mempersoalkan balai pemeriksaan hutan tutup pada hari Ahad di Pahang tetapi kayu balak tersebut boleh keluar dan lepas dari hutan tanpa pemeriksaan serta bayaran cukai," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Shahaniza berkata, 'posting' itu telah mengakibatkan komen-komen pengunjung Facebook Khaidir terhadap gambar yang dikongsi menghentam dan menyatakan persepsi sangat negatif terhadap kerajaan negeri Pahang, Menteri Besar Pahang dan agensi kerajaan terbabit.

Iklan

"Jelas gambar kayu balak yang dikongsi tanpa maklumat penuh tersebut telah mengundang fitnah terhadap kerajaan negeri Pahang serta agensi kerajaan berkenaan.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga sepertimana saudara Khaidir juga sebagai rakyat Malaysia memberikan penjelasan dan menjernihkan keadaan," jelasnya.

Sementara itu, Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk meneliti tulisan saudara Khaidir tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap aktivis terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN Isu balak: Aktivis buat laporan polis terhadap EXCO