Tindakan kakitangan LZS bantu ibu, anak ‘tersadai’ tepi jalan dipuji

Iklan
Keprihatinan dua kakitangan LZS membantu dua beranak yang tersadai di tepi jalan selepas motosikal dinaiki kehabisan minyak mendapat reaksi positif netizen.

SHAH ALAM - Keprihatinan dua kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu dua beranak yang tersadai di tepi jalan selepas motosikal dinaiki kehabisan minyak mendapat reaksi positif netizen.

Insiden berlaku ketika kakitangan tersebut menjalankan rutin tugas harian itu dikongsikan LZS di Facebook rasmi agensi berkenaan pada Rabu dan menerima pelbagai ucapan penghargaan daripada netizen .

Iklan
Iklan

"Semalam (Selasa) ketika kami keluar untuk rutin siasatan harian, kami terserempak dengan seorang ibu dan anaknya yang tersadai di tepi jalan di kawasan Kuala Selangor.

"Ibu ini kelihatan resah sebab cuaca tengah panas, kesian tengok anaknya haus. Kami tanya nak ke mana? Motor rosak ke? Dia kata nak balik ke rumah di Alam Jaya,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu memaklumkan, ibu berkenaan menyatakan bekalan minyak motosikal yang disangkakan mencukupi hingga ke stesen minyak rupanya kehabisan di tepi jalan.

Menurut kenyataan itu lagi, hendak menolak motosikal ke stesen minyak berhampiran pula jaraknya hampir dua kilometer.

Iklan

”..ingatkan sempat sampai ke stesyen minyak di Simpang Ijok tu.....tapi tak sempat sampai la pulak ustaz”,” kata wanita berkenaan.

Kakitangan LZS berkenaan kemudian meminta ibu muda itu berteduh dulu sementara mereka membelikan petrol dan air minum untuk menghilangkan dahaga anaknya.

"Sedikit nasihat untuk pemandu dan penunggang motor terutama kaum Hawa agar dapat mengamalkan RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) supaya perjalanan kita selamat,” menurut kenyataan itu.