KUALA LUMPUR - Tan Sri S A Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2021-2024 tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC, Tan Sri G Rajoo mengumumkan keputusan itu selepas Vigneswaran muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada 1 petang Rabu.