Siklon Yaas landa India, 2 juta penduduk dipindahkan

Iklan
Lebih setengah juta penduduk di Odisha dan lebih 1.15 juta orang di sepanjang pantai Benggala Barat telah dipindahkan.

NEW DELHI - Siklon Yaas membadai pantai timur India pada Rabu pagi, mencetuskan hujan dan angin kencang, kata Jabatan Meteorologi India (IMD).

"Ia dijangka membadai utara pantai Odisha-Benggala Barat hingga ke selatan Balasore dengan kelajuan angin antara 130 hingga 155 kilometer sejam," menurut kenyataan IMD.

Iklan
Iklan

Angin kencang turut melanda daerah Digha, North 24 Parganas di Benggala Barat dan Kendrapara di Odisha, lapor Agensi Berita Xinhua.

Lebih setengah juta penduduk di Odisha dan lebih 1.15 juta orang di sepanjang pantai Benggala Barat telah dipindahkan.

Iklan

Indian Railways telah mengumumkan pembatalan sekurang-kurangnya 38 perkhidmatan kereta api penumpang menuju ke Kolkata dan di negeri selatan, operasi akan digantung sehingga Sabtu.

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana (NDRF) di India telah dikerahkan di kawasan terjejas termasuk pasukan tentera laut dan darat, kata Ketua Pengarah NDRF S. N. Pradhan.

Iklan

India minggu lalu dibadai Siklon Tauktae menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh. - Bernama