Empat lelaki leka berjudi di dapur ditahan

Iklan
Gambar hiasan.

PASIR MAS - Polis menahan empat lelaki berusia 43 hingga 59 tahun yang sedang leka berjudi di ruang dapur sebuah rumah di Kampung Bunut Susu di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, polis turut merampas daun terup dan wang tunai pelbagai jenis berjumlah RM790 dalam serbuan pada jam 11.30 malam itu.

Iklan
Iklan

Nasaruddin memberitahu, semakan mendapati seorang suspek berusia 43 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau.

"Tangkapan dilakukan selepas menerima maklumat awam dan intipan selama 30 minit polis mendapati empat lelaki sedang bermain judi.

Iklan

"Siasatan awal mendapati seorang suspek yang juga pemilik rumah mengaku sudah berjudi sejak minggu lalu bersama tiga rakannya itu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, kes disiasat bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan polis sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah.

Iklan