KUANTAN - Seekor tapir jantan seberat 220 kilogram (kg) mati dilanggar kereta milik pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di kilometer 200 menghala ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 pada malam Selasa.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, haiwan yang berusia 10 tahun itu dikatakan dilanggar ketika cuba melintas jalan kira-kira jam 8.50 malam.