Polis nafi sebuah keluarga mati ketika kuarantin Covid-19

Iklan
Tangkap layar di media sosial, Facebook mengenai dakwaan satu keluarga meninggal dunia kerana Covid-19 di Taman Merdeka yang tular.

MELAKA - Polis menafikan berlaku kejadian sebuah keluarga yang meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19 di Taman Merdeka, Batu Berendam seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu dan memberi amaran kepada pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga boleh menganggu-gugat keharmonian masyarakat selain menimbulkan suasana panik ketika orang ramai berdepan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Tidak ada kes yang dilaporkan di daerah ini dan saya menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu, malah polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkannya," kata beliau ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 20 saat tular diaplikasi WhatsApp merakamkan beberapa individu memakai set pelindung diri (PPE) mengusung mayat dari sebuah rumah ke trak polis.

Iklan

Video pendek itu didakwa berlaku di Taman Merdeka, Batu Berendam membabitkan sebuah keluarga yang mati ketika menjalani perintah kuarantin di rumah dan didakwa tidak menghadiri sesi temu janji untuk membuat ujian saringan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas Afzanizar, menyebarkan berita palsu merupakan satu kesalahan dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan.

Iklan