Indonesia daftar kahwin 200 pasangan bukan Islam di Sabah

Iklan
Bendera-Indonesia

TAWAU - Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau mengambil inisiatif mendaftarkan perkahwinan 200 pasangan bukan Islam warganegara republik itu yang berkahwin di sini.

Konsulnya, Sulistijo Djati Ismojo berkata perkara itu sekali gus turut membantu mendapatkan 500 sijil lahir bagi anak-anak daripada 200 pasangan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini antara langkah membantu warganegara Indonesia (WNI) untuk mendapatkan hak khususnya status kewarganegaraan anak-anak mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Kegiatan Peresmian Akta (sijil) perkahwinan serta Akta (sijil) Kelahiran bagi WNI di sini, pada hari ini.

Program tahunan itu diadakan KRI dengan kerjasama Direktorat Jenderal Kependudukan dan Pencatatan Sipil, Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia.

Iklan
Iklan

Sulistijo berkata program kali kedua itu yang berlangsung sehingga 2 Disember ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin agama di Nunukan yang melaksanakan Kegiatan Pencatatan dan Penerbitan Akta Perkawinan Kristen dan Katolik serta Akta Kelahiran. - Bernama