RAWANG - Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Templer pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Selayang menghala Rawang.
Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar jam 8.40 malam itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melalui jalan sama, namun pemandunya dilaporkan terselamat.