Melaka United sambar dua penyerang import Brazil

Iklan
Justin Lim (tengah) bersama dua penyerang baharu Melaka United dari Brazil. - Foto FB Melaka United

MELAKA United telah mendapatkan khidmat dua penyerang dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo dalam misi memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Super yang akan bersambung Julai ini.

Melaka United dalam kenyataan pada Rabu berkata, kedua-dua pemain itu akan menggantikan dua pemain import dari Montenegro, Stefan Nikolic dan penyerang dari Brazil, Alex Goncalves.

Iklan
Iklan

Upacara ringkas menandatangani kontrak kedua-dua pemain ini disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Seri Justin Lim di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Giovane, 26, bermain dalam Serie D Brazil mewakili Ser Caxias do Sul manakala Adriano, 26, juga dari liga yang sama pula beraksi untuk Galvez Esporte Clube

Iklan

"Pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain import tersebut diharap menjadi senjata baharu kepada pasukan untuk barisan lebih mantap sekali gus mempertajamkan barisan depan," kata Lim.

Melaka United selepas 13 aksi perlawanan Liga Super terus bergelut dengan prestasi apabila terhumban di kedudukan kedua tercorot dengan 11 mata.

Iklan