Tren LRT bertembung berjaya dikeluarkan dari lokasi

Iklan
Tren LRT yang bertembung pada Isnin lepas berjaya dikeluarkan dari lokasi kemalangan. - Foto FB Wee Ka Siong

PUTRAJAYA - Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung pada Isnin lepas berjaya dikeluarkan dari lokasi kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, TR40 tiba di depoh Subang jam 3.45 pagi manakala TR81 dihantar ke Gombak Trail Track jam 4.51 pagi.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua tren terlibat berjaya dikeluarkan lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan setelah pihak terlibat bertungkus-lumus bekerja tiga shif tanpa henti," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Menurutnya, syarikat pengendali LRT, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembaikan landasan dari Stesen Kampung Baru ke Stesen KLCC.

Iklan

"Akan tetapi, Team Recovery terpaksa menutup bekalan kuasa untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ia melibatkan lima buah stesen LRT," katanya.

Kerja-kerja membawa keluar tren yang terlibat kemalangan pada Isnin lepas. - Foto FB Wee Ka Siong

Beliau berkata, sebaik sahaja kerja pembaikan berkenaan selesai, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membuat pemeriksaan bagi mengesahkan tahap keselamatan pengguna.

Iklan

"Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, terdapat 'bottleneck' kerana ia hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni.

"Tempoh yang diambil untuk sesebuah tren melalui stretch berkenaan adalah 16 minit," katanya.

Ka Siong berkata, sebanyak 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana diumumkan sebelum ini.

"Saya memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

"Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan 'bottleneck' dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)," katanya.

Dalam insiden itu, seramai 47 penumpang cedera parah termasuk enam kritikal yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara 166 yang lain cedera ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Kecuaian punca kemalangan LRT

LRT bertembung: Tiga alami pendarahan otak

Pemandu tren LRT negatif dadah: Polis