Pakat cucuk vaksin belako set kito: Annuar Musa

Iklan
Annuar ambil pendekatan guna loghat Kelantan untuk mengajak rakyat Kelantan ambil suntikan vaksin.

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu rakyat negeri Kelantan mengambil vaksin Covid-19 masing-masing sebagaimana yang dijadualkan.

Annuar melalui rakaman video berdurasi hampir 10 minit yang dikongsi melalui laman sosial rasmi Facebook miliknya pada Rabu itu dilihat mengambil pendekatan menggunakan loghat Kelantan untuk merasa lebih dekat dengan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rakyat negeri ini seharusnya mengambil peluang tersebut memandangkan rakyat negeri lain sedang 'berebut' untuk menunggu giliran masing-masing.

Malah Annuar berkata, ada di antara rakyat negeri lain yang sanggup bayar sehingga RM300 untuk mendapatkan vaksinasi tersebut, sedangkan rakyat Kelantan hampir 10,000 tidak hadir untuk menerima suntikan mereka.

Iklan

"Guana (kenapa) jadi gitu set kito? Ada yang takut ke? Ada yang was-was ke atau ada masalah tiada kereta nak pergi janji temu tersebut? Di Ketereh pun kita buko pusat cucuk vaksin ni.

"Covid-19 ini adik kakok, bukan boleh buat seloroh (jenaka), bahayanya dia sebab loni (sekarang) tiada tanda, sampai masa tidak boleh bernafas, peringkat serius, mati.

Iklan

"Mati itu ketentuan ALLAH tapi ikhtiar lawan penyakit ini wajib kita buat. Kerajaan di negara kita bagi percuma saja vaksin ni, kerajaan tanggung segalanya," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu juga berkata, dengan pengambilan vaksin, sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.

"Jadi moleklah kita pakat puok kito, terutamanya ore ketereh tu pakat-pakat belako set kito. Beritahu belako sapo yang tidak daftar lagi, mok ayoh kito, kecil besar tuo mudo, pakat belako daftar dan hadir janji temu.

"Jangan bimbang, tiada apa yang berlaku, jangan takut untuk ambil vaksin. Kalau orang lain cucuk, tapi kita tidak cucuk, sama juga. Cucuk dan amalkan penjagaan SOP belako.

"Semoga selepas semua selesai kita bulih kelik asal, supo dulu. Maka semua pihak kena bagi kerjasamalah, doa banyak-banyak pada ALLAH SWT untuk diselamatkan semuanya dan negeri kita selamat belako, jangan maroh ko ambo ambo kecek gini," katanya sambil berseloroh.