Pertarungan 'lightsaber' diiktiraf

Iklan
Sukan ini bakal menarik minat generasi muda.

PARIS - Persekutuan Lawan Pedang Perancis telah mengiktiraf pertarungan 'lightsaber' atau pedang laser yang dapat disaksikan dalam filem Star Wars sebagai sukan rasmi.

Persekutuan itu membuat keputusan itu sebagai usaha untuk menjadikan sukan itu lebih menarik untuk generasi muda.

Iklan
Iklan

Para peserta bagaimanapun perlu menggunakan pedang yang diperbuat daripada polikarbonat berbanding medan magnetik mengandungi plasma seperti digunakan dalam filem sains fiksyen dihasilkan pengarah terkenal, George Lucas.

Selain itu, peserta juga diminta memakai topeng muka dan perisai untuk melindungi diri mereka ketika pertarungan tersebut.

Iklan

Mata akan diberikan jika bilah tersebut mengenai tubuh lawan dan peserta pertama memperoleh 15 mata diangkat sebagai pemenang.

Jika pertarungan itu tidak berakhir selepas tiga minit, peserta yang mendapat mata tertinggi akan menjadi pemenang secara automatik. - The Verge

Iklan