DAMSYIK - Bashar al-Assad memenangi Pilihan Raya Presiden Syria yang menyaksikan beliau terus menguasai tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.
Bersama slogan kempen 'Harapan Melalui Kerja', Assad, 55, menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.