Gempa bumi 4.9 skala richter landa utara Thailand

Iklan

BANGKOK - Satu gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter melanda daerah Wang Nuea, dalam wilayah Lampang, di utara Thailand pada jam 4.05 petang waktu tempatan hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Phuwieng Prakhammintara berkata, gempa pertama berlaku tengah hari sekuat 2.1 pada skala Richter, sebelum diikuti beberapa gempa susulan.

Iklan
Iklan

"Beberapa bangunan dan rumah kediaman mengalami kerosakan dan retak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Gempa boleh dirasakan di wilah berhampiran termasuk Chiang Mai, Chiang Rai and Payao,” katanya kepada bernama ketikas dihubungi di sini hari ini.

Phuwieng berkata, beberapa siri gempa susulan yang lemah turut dilaporkan berlaku sekitar kawasan itu. - Bernama

Iklan
Iklan