LBS tumpu bantu masyarakat terkesan Covid-19

Iklan
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Media, Digital, Amal Abdul Aziz (kiri) hadir mewakili syarikat untuk menerima anugerah tersebut dan turut hadir ialah Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi, iProperty.com.my, Wong Siew Lai (kanan).

SHAH ALAM - Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah merangkul Anugerah Komuniti CSR di Anugerah Pembangunan Cemerlang iProperty (iDEA) 2021.

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS memainkan peranannya untuk memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan agar mereka sentiasa kekal selamat sepanjang penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka diberikan sanitasi yang sesuai dan memperolehi kemudahan dalam proses peralihan di sepanjang tempoh pandemik itu.

"Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh LBS ialah menyumbangkan RM1 juta kepada dana Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan memberikan sumbangan sejumlah RM80,000 kepada dana Covid-19 bagi negeri-negeri Selangor, Pahang dan Perak.

Iklan

"LBS juga menyumbangkan bekalan dan peralatan kepada pekerja kesihatan dan pekerja barisan hadapan di beberapa lokasi di Selangor.

"Kami turut menyumbangkan pendingin udara mudah alih, 38 unit kipas industri, 600 pasang sarung tangan dan beberapa unit khemah serta 1,000 botol air mineral,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mengulas mengenai anugerah itu, Hock San berkata, anugerah tersebut merupakan satu pencapaian terbaik LBS dan penghormatan yang diberikan itu menunjukkan segala usaha yang dilakukan selama ini diiktiraf.

"Aktiviti sosial korporat kami tidak akan terhenti setakat ini, malah anugerah ini akan menyuntik motivasi bagi LBS untuk berusaha keras dalam membantu masyarakat terutama pada waktu-waktu yang sukar ini,” katanya.

Beliau berkata, selain pembangunan hartanah, LBS juga menitikberatkan khidmat komuniti di sekeliling mereka melalui Yayasan LBS.

"Kegiatan tersebut meliputi empat tonggak utama, iaitu pendidikan, masyarakat, alam sekitar dan kesihatan. Sehingga kini, 85 peratus aktiviti sosial korporat Yayasan LBS melibatkan segmen pendidikan dan komuniti daripada jumlah keseluruhan program yang dilakukan.

Acara penganugerahan iDEA 2021 dilakukan secara maya dan dihoskan di laman Facebook iProperty.com.my pada 25 Mei 2021.