KUANTAN - Bilangan penduduk Pahang yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin masih rendah iaitu kira-kira 415,000 orang atau 34.6 peratus berbanding jumlah sasaran 1.2 juta orang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, angka itu bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan dan masih jauh dari jumlah yang disasarkan.
Iklan
Iklan
"Sekali lagi saya merayu kepada rakyat Pahang di seluruh daerah supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin.
"Ia penting ke arah mewujudkan kelompok imuniti dalam kalangan rakyat dengan segera sekali gus membantu memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid19 di negeri ini," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Wan Rosdy berkata, Semoga dengan usaha bersama seluruh rakyat Pahang, usaha membendung jangkitan virus terbabit akan berhasil.