Jangan tafsir al-Quran ikut akal, logik: Agong

Iklan
Al Sultan Abdullah merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri kali ke-62 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

KUANTAN - Umat Islam diingatkan tidak memberi tafsiran berkaitan al-Quran mengikut akal dan logik semata-mata demi kepentingan peribadi serta kumpulan tertentu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, sikap tersebut yang melibatkan segelintir individu sejak akhir-akhir ink perlu ditangani segera kerana boleh meruntuhkan akidah, institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam jika dibiarkan berlarutan.

Iklan
Iklan

"Oleh demikian, kefahaman mendalam terhadap tafsiran yang tepat isi kandungan al-Quran adalah sangat penting.

"Sahsiah atau akhlak yang dibina berpaksikan ajaran al-Quran akan berupaya melahirkan masyarakat yang bertakwa dan bahagia di dunia serta akhirat," titah baginda ketika menutup Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri kali ke-62 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Iklan

Berkenan berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Turut hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak; Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Iklan

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan qari dari Raub, Mohamad Syaheed Sabri dan qariah Jerantut, Suhaili Mohd. masing-masing dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran.

Sultan Abdullah turut menyeru semua masjid di negeri ini untuk menjadi pemudah cara bagi menyuburkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Baginda juga turut mengingatkan umat Islam tentang kewajipan menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan.

"Mudah-mudahan umat Islam akan mencapai kejayaan dalam menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman kehidupan.

"Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan seharian.

"Kitab suci ini juga berupaya menangani pelbagai cabaran dan ancaman terhadap akhlak serta moral masyarakat yang berleuasa ketika ini," titahnya.