Sekatan beri kesan ke atas ujian Covid-19 berkaitan kerja

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham) telah mendesak kerajaan untuk mengekalkan daya maju ekonomi dengan memastikan semua sektor pembuatan tempatan dan perkhidmatan yang berkaitan tetap terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siobhan Das berkata, ujian Covid-19 yang berkaitan dengan pekerjaan mampu mengesan kes-kes asimtomatik lebih awal, ini memberikan tahap pengurangan penularan di sesuatu kawasan atau ke dalam komuniti.

Iklan
Iklan

"Segala cadangan sekatan akan mengakhiri usaha ini dan mendorong penularan lebih jauh ke dalam komuniti sehingga pengesanan serta usaha membendung menjadi lebih sukar.

"Kami menolak sektor pembuatan sebagai penyumbang utama ke arah lonjakan kes, ini berlaku disebabkan pengujian agresif yang dilakukan oleh sektor pembuatan berbanding pengujian ke atas komuniti lain secara rambang, ini memang sudah dijangkakan" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau juga memberitahu Malaysia memegang peranan penting dalam banyak rantai nilai global, kedudukan yang terhasil daripada pertumbuhan dan pelaburan selama beberapa dekad.

"Kami menyokong sepenuhnya usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mengekalkan daya maju ekonomi dengan memastikan semua sektor pembuatan tempatan serta perkhidmatan yang berkaitan tetap dibuka sambil mengambil kira kelangsungan hidup orang lain dan pengorbanan yang telah dibuat oleh barisan hadapan kesihatan.

Iklan

"Kami juga menyokong sepenuhnya semua pembekal tempatan kami yang telah membangun syarikat-syarikat yang menjadi ahli AmCham dalam menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi,” tambahnya.

Adalah penting bagi Malaysia secara ekonomik untuk mempertahankan kedudukan ini, kata Das memandangkan impak pandemik telah menembusi ke dalam dan seluruh ekonomi Malaysia. - Bernama