Selangkah nafi terlibat tempahan vaksin AstraZeneca

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Selangkah Ventures Sdn Bhd (Selangkah) menafikan sekerasnya dakwaan penglibatan pihaknya dalam tempahan slot vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali malah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) juga masih belum menghubungi mereka sehingga kini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, susulan itu, Selangkah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan dakwaan palsu bertujuan untuk mencemarkan reputasi mereka.

"Merujuk kepada kenyataan CITF pada Jumaat berkenaan masalah serta kecelaruan dihadapi tempahan slot vaksin AstraZeneca, Selangkah menafikan sekerasnya tuduhan dan dakwaan yang tidak mempunyai asas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

CITF menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengenal pasti aplikasi SELangkah dibangunkan kerajaan Selangor telah membuat tempahan vaksin AstraZeneca dalam jumlah yang banyak tanpa persetujuan individu terbabit untuk menerima suntikan tersebut.

Katanya, perkara itu dikenal pasti sebagai punca terdapat sebilangan individu diberikan tarikh janji temu suntikan vaksin berkenaan walaupun tidak pernah membuat tempahan ketika slot dibuka tempoh hari.

Iklan