Pakej bantuan kepada rakyat, sektor ekonomi diumum dalam masa terdekat

Iklan
Foto 123RF

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kapada rakyat dan sektor ekonomi terkesan berikutan pengumuman kerajaan berhubung penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun ini.

Melalui kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pengumuman mengenai pakej bantuan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

"Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Selain itu, kerajaan turut menasihatkan rakyat Malaysia terus berdisiplin dan sentisa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

"Yang terbaik ialah duduk di rumah atau 'stay at home' untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19," katanya.

Iklan

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19

Menurut satu kenyataan, sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

ARTIKEL BERKAITAN: Total lockdown di seluruh negara bermula 1 Jun