KUALA LUMPUR – Mercy Malaysia akan menggerakkan sumber dana dan sukarelawannya untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program ‘outreach’ vaksin pada pertengahan bulan depan dengan membantu pemberian vaksin dari rumah ke rumah.
Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tumpuan akan diberikan kepada individu terlantar sakit di rumah, orang kurang upaya dan individu dengan masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak dapat pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).