Ziarah raya punca satu keluarga positif

Iklan
Wan Norfamin (kanan) bersama ibunya, Nik Siti Fatimah kini ditempatkan di PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa.

SHAH ALAM - Kunjungan saudara yang merentas negeri pada hari perayaan bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Wan Norfamin Wan Kamarudin, 26, apabila semua ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 pada Rabu lalu.

Mengenang kejadian tersebut, Wan Norfamin berkata, sepupunya itu datang ke rumah selepas pulang ke kampung kerana kematian neneknya akibat sakit tua pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga.

Iklan
Iklan

Peniaga dalam talian itu berkata, antara yang turut dikesan positif ialah ibunya, Nik Siti Fatimah Nik Omar, 74, dan ibu saudaranya, Nik Azizah Nik Omar, 64.

"Saudara saya ini telah singgah ke rumah kami, jadi daripada situlah jangkitan berlaku.

Iklan

"Pada 24 Mei kami dimaklumkan yang sepupu kami itu telah disahkan positif Covid-19. Jadi, kami diminta untuk membuat ujian calitan.

"Kami pergi ke klinik swasta untuk membuat ujian calitan dan hasil keputusannya, kami bertiga didapati positif Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Wan Norfamin yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, ibunya (Nik Siti Fatimah) yang paling kuat mengalami simptom Covid-19 berbanding ahli keluarganya yang lain.

Wan Norfamin berkata, ibunya mengalami gejala seperti demam, batuk dan keletihan.

"Sampai sekarang ibu saya masih lagi mengalami keletihan. Keletihan dia itu bukan biasa.

"Dia penat untuk bangun dan kerap kali tidur.

"Saya pula mengalami simptom seperti banyak kahak, susah bernafas dan terlampau dahaga,” ujarnya.

Wan Norfamin memegang tangan ibunya, Nik Siti Fatimah.

Wan Norfamin yang kini ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa berkata, mereka digalakkan memakai pelitup muka sepanjang masa terutama mereka yang mempunyai gejala batuk.

"Jadi kita kena pakai pelitup muka. Bagi pesakit yang ada gejala biasa seperti demam, itu tidak ada apa-apa,” katanya.

Wanita itu bagaimanapun berkata, keadaan di pusat kuarantin tersebut amat bagus kerana pihak bertugas menjaga pesakit dengan baik dan mengendalikan kawasan tersebut dengan teratur.

"Dari segi pemakanan, memang mereka jaga. Setiap hari mereka akan periksa tekanan darah kami.

"Warga emas yang ada penyakit pun mereka akan telefon untuk bertanya keadaan setiap hari.

"Alhamdulillah katil-katil memang cukup. Belum ada lagi (pesakit) yang datang dan beritahu tidak ada katil dan sebagainya.

"Setakat ini semua pesakit memang diberikan katil,” katanya.