Buat laporan jika naskhah al-Quran didapati tiada kelulusan KDN

Iklan
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) merasmikan pameran seni 'Painting From Heart : Art For Good' di Bangsar hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu umat Islam proaktif dan tampil membuat laporan sekiranya mengesan ada penjualan naskhah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sama ada yang dicetak atau dijual secara dalam talian.

Beliau berkata, pihaknya melakukan penguatkuasaan secara berterusan untuk memastikan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan daripada KDN itu tidak dijual dalam pasaran tempatan.

Iklan
Iklan

"Kita pandang berat perkara ini kerana tidak mahu penyelewengan berlaku. Justeru umat Islam mesti berjaga-jaga, daripada menggunakan Al-Quran yang tidak diluluskan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Painting From The Heat: Art For Good’ di sini, hari ini.

"Kadang-kadang untuk online susah kita nak siasat namun kalau dia (pengadu) syak Al-Quran yang dibeli itu tidak betul, boleh minta (bantuan) pihak berkuasa untuk kita hantar panel semak perkara itu,” tambahnya.

Iklan

Muhyiddin menegaskan umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana al-Quran yang tidak diluluskan tidak boleh diguna pakai berikutan cara pembacaan dan percetakannya adalah berbeza dengan al-Quran resam Uthmani yang dipakai negara.

Menurutnya, KDN hanya meluluskan Al-Quran al-Karim resam Uthmani yang mempunyai cop khas dalam Jawi dengan warna biru tertera perkataan ‘Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran memperakui bahawa ayat-ayat Al-Quran yang terkandung dalam teks ini adalah betul’, selain memasukkan ciri baharu iaitu kod QR dan hologram.

Iklan

Isnin lepas, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN Selangor merampas 5,050 unit al-Quran yang tidak diluluskan bernilai RM502,800 di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara Klang, yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia untuk pasaran tempatan dan dijual secara dalam talian. - Bernama