720kg ikan dari Indonesia ditahan

Iklan
Sebahagian daripada ikan dari Indonesia yang ditahan kerana dibawa masuk tanpa permit import. (Foto: Maqis)

PASIR GUDANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 720 kilogram ikan basah dari Indonesia tanpa permit import di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini pada Khamis.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, ikan basah tanpa import itu dibawa menggunakan sebuah tongkang, sebelum ditahan sewaktu pemeriksaan dijalankan.

Iklan
Iklan

"Kita menemui ikan delah dengan berat kira-kira 640 kilogram dan ikan todak kira-kira 80 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 8,520 yang dibawa masuk tanpa permit import.

"Kesemua konsainan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Iklan

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan ke dua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Iklan