Mangsa banjir di Sabah belum dibenarkan pulang

Iklan
Sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Lama Tenom- Foto Bernama

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal 88 orang membabitkan 22 keluarga pagi ini dan kesemuanya berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort.

Iklan
Iklan

"Pihak kami sedang memantau situasi banjir di Beaufort bagi memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan mangsa banjir pulang ke rumah," menurut kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Banjir yang melanda sejak 20 Mei lepas akibat hujan lebat berterusan itu menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort. - Bernama

Iklan
Iklan