Bapa durjana rogol anak sejak usia 6 tahun direman

Iklan
Suspek (kiri) ketika dibawa ke mahkamah pada Sabtu.

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMASKINI] Seorang bapa durjana yang tergamak merogol anak gadisnya selama 12 tahun sejak mangsa berusia enam tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 45 tahun yang melarikan diri itu berjaya ditahan polis di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam kira-kira jam 4.45 petang pada Jumaat.

Shafee berkata, hasil keterangan mangsa yang kini berusia 18 tahun, gadis itu memberitahu bahawa dia telah dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh suspek sejak berusia enam tahun dan perkara tersebut berlaku hampir setiap hari.

Iklan

Katanya, mangsa tertekan dengan kejadian tersebut namun tidak melaporkan kepada pihak polis untuk mengelakkan ibu bapanya bercerai.

"Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Iklan

"Suspek didapati memaksa pengadu melakukan hubungan seks sejak beliau berumur enam tahun dan pernah meliwat mangsa ketika dia berumur 15 tahun tanpa pengetahuan emaknya.

"Kejadian ini berterusan sehingga kejadian terkini pada 25 Mei baru-baru ini," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki merogol anak gadisnya sejak mangsa berusia enam tahun lagi di Taman Seri Delima di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun jadi pemuas nafsu bapa