‘Manik Panik’ serlah keceriaan, kebersamaan

Iklan
Sempena sambutan Hari Gawai tahun ini Petronas Nasional Bhd (Petronas) menyajikan filem web bertajuk ‘Manik Panik’ yang mengangkat tema keceriaan dan kebersamaan.

SHAH ALAM - Sempena sambutan Hari Gawai tahun ini Petronas Nasional Bhd (Petronas) menyajikan filem web bertajuk ‘Manik Panik’ yang mengangkat tema keceriaan dan kebersamaan.

Pelbagai kekayaan tradisi suku kaum Dayak turut dipaparkan dalam filem web itu termasuk hiasan kepala, rantai manik dan terabai yang mana ia menjadi antara perisai suku Dayak.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, filem web 'Manik Panik' tersebut mengisahkan kekecohan yang berlaku apabila rantai manik milik Ketua Gawai rosak.

Menurutnya, detektif Gerunung merungkai misteri yang menimpa penghuni rumah panjang demi mengetahui kebenaran di sebalik apa yang telah berlaku.

Iklan

"Beliau dan rakan-rakan turut berusaha membaiki rantai itu agar dapat dikalungkan semula oleh Ketua Gawai untuk memulakan upacara Gawai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Anita berkata, pihaknya turut menzahirkan rasa gembira dengan penghasilan filem web tersebut sempena Hari Gawai yang bakal berlangsung pada 1 Jun ini.

Iklan

"Daripada kami kepada keluarga anda, ingin mengirimkan ucapan gembira dengan ingatan tulus ikhlas dan betapa pentingnya kita bersatu sebagai satu,” katanya.

Filem web ‘Manik Panik’ kini disiarkan secara langsung menerusi platform Youtube dan Facebook rasmi Petronas.

Selain filem web berkenaan, Petronas turut melancarkan pelekat ikon ‘Manik Panik’ untuk aplikasi WhatsApp bagi menyebarkan kegembiraan pada musim perayaan ini.