KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara menangguhkan sesi lawatan sempena Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) serta Perayaan Hari Gawai yang melibatkan ahli keluarga, peguam dan lain-lain pihak bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam penjara.
Jabatan itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan bagi tujuan penggantian kepada sesi perjumpaan sempena perayaan berkenaan, mereka adalah dibenarkan menggunakan telefon prabayar atau sidang video.