ANKARA - Turki pada Jumaat menyelar pemerintah Austria kerana melancarkan ‘peta Islam’ yang memaparkan lokasi masjid dan pertubuhan Muslim di seluruh negara yang dikhuatiri akan mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap orang Islam.
"Pembentangan peta itu yang dibuat Menteri Integrasi, Susanne Raab sememangnya tidak boleh diterima,” tegas Kementerian Luar di Ankara dalam satu kenyataan selepas inisiatif itu turut dikecam banyak pihak.