SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama erat untuk memastikan aliran barangan dan bekalan melibatkan kedua-dua negara itu akan berterusan sepanjang fasa pertama sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun hingga 14 Jun ini.
Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, Gan Kim Yong berkata, kedua-dua negara telah bekerjasama rapat sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada tahun lalu.