Pekerja lapangan terbang maut ketika kerja penyelenggaraan

Iklan
Insiden mengakibatkan kematian seorang pekerja di Lapangan Terbang John Wayne. - Foto BBC

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang pekerja lapangan terbang di selatan California maut apabila sebuah tayar jambatan penyambung (connecting bridge) meletup ketika kerja penyelenggaraan.

Dalam kejadian di Lapangan Terbang John Wayne, Santa Ana, Selasa lalu, letupan tayar tersebut cukup kuat untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran, sekali gus menyebabkan Pasukan Bomba Orange County bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, sementara seorang lagi pekerja yang berada di tempat kejadian dilapor selamat.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca insiden. - BBC

Iklan
Iklan